Di Bumi Turus_terma

Udara panas yang lebih dekat dengan permukaan mengembang lalu menjadi kurang tumpat daripada udara persekitaran. Udara yang lebih ringan ini naik serta menyejuk kerana pengembangannya dalam tekanan yang lebih rendah pada altitud tinggi. Pengembangan ini berhenti meningkat saat ia mencapai suhu yang sama dengan udara persekitaran. Tanah berwarna gelap, kawasan bandar, serta jalan raya adalah punca-punca kerap berlakunya turus sebegini.

Aliran bawah sekitar ruangan haba sering dikaitkan dengan turus terma ini. Bahagian luarannya yang bergerak menurun disebabkan oleh udara sejuk menjadi disesarkan di atas turus tersebut.

Saiz dan kekuatan turus dipengaruhi oleh sifat atmosfera yang lebih rendah (troposfera). Biasanya, ketika udara menyejuk, gelembung udara panas dibentuk oleh pemanasan tanah udara di atasnya dan boleh naik seperti belon udara panas. Udara dalam keadaan ini dianggap sebagai tidak stabil. Jika ada lapisan udara lebih tinggi yang hangat, penyongsangannya boleh menghalang turus daripada meningkat tinggi dan udara yang dikatakan stabil.

Turus terma sering ditunjukkan daripada kehadiran awan kumulus di puncak haba. Ketika angin yang stabil terhasil, turus terma dan awan kumulus yang mengiringinya boleh tersusun dalam baris mengikut arah angin. Awan kumulus dibentuk oleh udara yang menaik dalam turus terma semasa ia naik dan menyejuk, sehingga wap air di udara mula memeluwap membentuk titisan. Air yang tersejat ini melepaskan tenaga haba pendam yang membolehkan udara naik lebih tinggi. Udara yang sangat tidak stabil boleh mencapai tahap perolakan bebas (level of free convection, LFC) yang seterusnya menaik ke ketinggian yang besar menyejatkan sejumlah besar air, membentuk hujan atau ribut petir. Ribut petir ini boleh membahayakan mana-mana pesawat.

Turus adalah salah satu dari banyak sumber angkat digunakan oleh sesetengah jenis burung dan glider untuk melambung.